Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sesi fotografi eksklusif dokumentasikan kehidupan tradisi rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Sesi fotografi eksklusif dokumentasikan kehidupan tradisi rumah panjang

Utusan Sarawak 5 months ago
RAKAM KEHIDUPAN… Ahli-ahli PSS semasa merakamkan kehidupan tradisi rumah panjang di Rumah Michael Ancho, Bawang Assan di Sibu.

SIBU: Persatuan Fotografi Sibu (PSS) baru-baru ini telah menganjurkan satu sesi fotografi eksklusif bertujuan mendokumentasikan kehidupan tradisi rumah panjang di Rumah Michael Ancho, Bawang Assan. 

Aktiviti ini hanya terbuka kepada ahli-ahli PSS yang berpeluang merakamkan pelbagai sudut kehidupan masyarakat Iban yang unik dan kaya dengan tradisi.

Kumpulan jurugambar tersebut berpeluang untuk merasai sendiri keindahan dan keaslian kehidupan rumah panjang, dengan fokus pada detik-detik harian serta keunikan adat resam yang telah diwarisi turun-temurun. 

Selain itu, para peserta turut dihidangkan dengan makan malam makanan tradisional Iban, menambah lagi kelainan dalam pengalaman mereka.

RAKAM KEHIDUPAN… Ahli-ahli PSS semasa merakamkan kehidupan tradisi rumah panjang di Rumah Michael Ancho, Bawang Assan di Sibu.

Sementara itu, Presiden PSS Peter Lee meluahkan rasa terima kasihnya kepada tuan rumah, Tuai Rumah Ancho, atas sambutan mesra dan penginapan yang disediakan sepanjang acara ini. 

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada pihak penganjur yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran aktiviti ini.

“Terima kasih kepada Tuai Rumah Ancho atas keramahannya dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Ini adalah satu peluang yang amat bermakna untuk para ahli kami, bukan sahaja untuk merakam foto, tetapi juga untuk lebih mendalami budaya dan tradisi masyarakat Iban,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sesi taklimat BBP Lawas dihadiri 35 anggota
Next: Aktiviti buat ‘tang yuan’ bersama simbolik positif sambut Tahun Baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.