Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat Persatuan Wanita UTS
  • Tengah
  • WILAYAH

Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat Persatuan Wanita UTS

Utusan Sarawak 5 months ago
TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi merakam gambar bersama rombongan ahli Wanita UTS.  

SIBU: Persatuan Wanita Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di sini, hari ini.

Pengerusi Persatuan Wanita UTS, Datin Dayang Mariani Abang Zain, dalam ucapannya menyatakan bahawa persatuan ini ditubuhkan pada 2022 dengan matlamat mewakili kakitangan wanita dan isteri kakitangan sebagai badan perunding untuk kepentingan ahli.

“Wanita UTS juga berfungsi sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan dan meningkatkan keterlihatan UTS dalam komuniti.

“Di UTS, kami berusaha menyediakan platform terbaik untuk wanita berkembang maju,” katanya semasa kunjungan hormat di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Beliau menambah bahawa pelbagai program dan aktiviti telah dianjurkan, termasuk seminar pembangunan diri, seminar pengurusan kewangan, serta bengkel etika sosial dan penjagaan diri.

“Selain itu, Wanita UTS telah menganjurkan beberapa program dan aktiviti yang memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada masyarakat umum, seperti lawatan ke Methodist Children’s Home di Sibu pada Disember 2023.

“Semasa Ramadan yang lalu, persatuan telah bekerjasama menyediakan 200 bungkus bubur lambuk, yang diedarkan kepada orang awam di sekitar kampung dan hospital.

“Aktiviti ini bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan tetapi juga mengeratkan hubungan antara ahli Wanita UTS dan masyarakat,” tambahnya.

Tegasnya, Wanita UTS komited untuk meningkatkan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 218 pemilik tanah terima cek pampasan
Next: 55 warga SJKC Ming Chieng sertai program kesedaran awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.