Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penganjuran seminar perkukuh kefahaman Islam saudara baharu
  • Tengah
  • WILAYAH

Penganjuran seminar perkukuh kefahaman Islam saudara baharu

Utusan Sarawak 6 months ago
PENGHUNI mualaf Penjara Pusat Sibu memberi perhatian pada Seminar Saudara Baru Peringkat Prospek di Penjara Pusat Sibu, semalam.
Foto Penjara Pusat Sibu

SIBU: Seramai 20 penghuni mualaf telah menyertai Seminar Saudara Baru Peringkat Prospek di Dewan Pemulihan Insan Penjara Pusat Sibu, semalam.

Program tersebut bertujuan memberikan pemahaman mendalam mengenai agama Islam kepada penghuni mualaf, memperkukuh iman dan menyediakan sokongan moral mereka dalam mendepani cabaran kehidupan sebagai seorang Muslim. 

Ustaz Zubair Abdul Halim dari Jabatan Agama Islam Sarawak telah dijemput sebagai penceramah pada program tersebut.

Peserta seminar memberikan reaksi positif, menyatakan bahawa program ini sangat membantu dalam memahami asas ajaran Islam dan merasakan sokongan moral yang diperlukan. 

Sementara itu, pengarah program, Ustaz Abdul Qohar berharap agar peserta dapat mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan menjadi contoh yang positif dalam masyarakat. 

Turut hadir, Pengarah Penjara Pusat Sibu, Mohd Rusli Abd Rahman dan Ketua Unit Pengurusan Psikologi, Azrol Adenan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Duo 2 Festival di Beladin meriah
Next: Exco PBB Bawang Assan lawat LAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.