Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keselamatan penduduk Kampung Muhibbah terkawal dengan kewujudan SRS
  • Selatan
  • WILAYAH

Keselamatan penduduk Kampung Muhibbah terkawal dengan kewujudan SRS

Utusan Sarawak 5 months ago
RONDAAN SRS di Kampung Muhibbah Zon Selatan dan Zon Tengah yang diketuai oleh Pengerusi KRT Kampung Muhibbah, Julaihi Johari serta Ketua Peronda SRS Zon 1 Kampung Muhibbah, Ramli Abu Sera.

SIMANGGANG: Kawalan keselamatan penduduk di Kampung Muhibbah Zon Selatan dan Zon Tengah diperkukuhkan lagi dengan wujudnya aktiviti Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan kampung terbabit.

Aktiviti rondaan yang diketuai oleh Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Muhibbah, Julaihi Johari serta Ketua Peronda SRS Zon 1 Kampung Muhibbah, Ramli Abu Sera sambil disertai seramai tujuh orang angggota SRS sedia berkhidmat dari kampung berkenaan telahpun memulakan rondaan mereka bermula 10.00 malam sehingga 12.30 tengah malam.

Ramli berkata rondaan yang dijalankan di kedua-dua kampung itu adalah bagi mengesan serta mencegah sebarang aktiviti mencurigakan dalam kampung mereka.

“SRS ini merupakan salah satu usaha daripada KRT Muhibbah untuk membantu mengurangkan kes jenayah yang berlaku dalam kawasan ini dari semasa ke semasa.

“Dengan kewujudan SRS ini, pihak kami yakin bahawa kegiatan jenayah akan dapat dibasmi dalam kawasan Kampung Muhibbah dan sekaligus membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah di daerah Sri Aman selepas ini,” katanya.

Ramli berkata pihaknya amat memandang serius terhadap kemungkinan berlakunya sebarang kejadian jenayah termasuk kes kecurian dan pecah rumah dalam kampung berkenaan.

“Atas sebab itu, SRS bertindak melaksanakan rondaan ini demi mengurangkan risiko berlakunya kejadian tersebut terhadap harta benda dan kediaman penduduk di sini dari semasa ke semasa,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar penduduk Kampung Muhibbah bersama-sama menjayakan perlaksanaan SRS itu demi mencegah aktiviti jenayah seperti pecah rumah di kawasan penempatan masing-masing pada masa akan datang.

“Keselamatan sesebuah kampung sebenarnya bergantung kepada kerjasama semua penduduk.

“Pelaksanaan SRS ini misalnya adalah salah satu platform penting bagi mewujudkan semangat kerjasama di antara semua penduduk pada masa akan datang,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Jalinan Kasih sempena Krismas ‘ubat’ rindu 13 penghuni penjara
Next: Lebih 500 peserta dijangka sertai Energy Fun Run Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.