Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM20 juta diluluskan untuk bina Kompleks Sukan Lingga
  • Selatan
  • WILAYAH

Peruntukan RM20 juta diluluskan untuk bina Kompleks Sukan Lingga

Utusan Sarawak 5 months ago

LINGGA: Penduduk di kawasan Lingga bakal menikmati pembangunan sukan apabila sebuah kompleks sukan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bakal dibina tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, peruntukan berjumlah RM20 juta untuk pembinaan Kompleks Sukan Lingga ini telah diluluskan oleh kerajaan Sarawak menerusi Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA).

“Projek pembinaan Kompleks Sukan Lingga ini terletak bersebelahan tapak Pejabat Daerah baharu Lingga yang berkeluasan 20.14 ekar.

“Ini merupakan satu khabar gembira kepada warga Lingga dan plebagai aspek telah dibincangkan seperti rekaan, keadaan geografi kawasan pembinaan, fasiliti, dan sebagainya perlu dirancang sebaik mungkin.

“Ia sekali gus akan menjadi mercu tanda kebanggaan daerah ini dengan terbinanya sebuah kompleks sukan yang dinanti-nantikan oleh penduduk selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan tinjauan di tapak cadangan projek pembinaan Kompleks Sukan Lingga di sini, semalam.

Dayang Noorazah berkata, kemudahan seperti pembinaan kompleks sukan itu nanti bakal memberi manfaat kepada masyarakat sekitar dalam melaksanakan sebarang aktiviti riadah, termasuk penganjuran sukan berskala besar.

“Justeru, saya menghargai usaha kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam merealisasikan impian masyarakat di kawasan DUN Lingga untuk mempunyai sebuah kompleks sukan yang bakal menjadi kenyataan,” jelasnya.

Beliau berharap semoga apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Turut hadir pada lawatan tersebut, Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Abdul Rani Abdullah serta wakil-wakil jabatan yang lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 184 petani Bawang Assan terima bantuan baja, racun
Next: Program Jalinan Kasih sempena Krismas ‘ubat’ rindu 13 penghuni penjara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.