Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Dagangan saham Axiata Group Bhd akan digantung dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang hari ini, sementara menunggu pengumuman.

Dalam makluman kepada bursa hari ini, syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan yang dibuat di bawah subperenggan 3.1(b)(i) Nota Amalan 2 mengenai Permintaan Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Saham Axiata naik satu sen untuk ditutup kepada RM2.37 semalam, dengan 5.68 juta saham diniagakan. – Bernama

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh jangkaan bahawa pelabur asing akan beralih daripada saham teknologi kepada