Ringgit dibuka tinggi didorong harapan kemajuan rundingan AS-Iran

Facebook
WhatsApp
KUALA LUMPUR, 27 Mac -- Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut berikutan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan pendekatan pragmatik terhadap subsidi bahan api dengan mengimbangi disiplin fiskal dan kebimbangan kos sara hidup di tengah ketegangan Asia Barat. Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 3.9855/4.0050 berbanding dolar AS daripada paras 3.9920/9955 ketika ditutup pada Khamis. Dalam perutusan khas semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 April, had bulanan individu bagi pembelian BUDI95 akan diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan berbanding 300 liter sebelum ini susulan konflik berterusan di Asia Barat. Penyelarasan itu bagaimanapun tidak menjejaskan majoriti rakyat berikutan penggunaan purata adalah sekitar 100 liter sebulan dan hampir 90 peratus menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, March 27 -- The ringgit opened higher for the fourth consecutive day as the Malaysian government adopts a pragmatic approach to fuel subsidies by balancing between fiscal discipline and cost-of-living concerns amid West Asia tensions. At 8 am, the local currency strengthened to 3.9855/4.0050 against the greenback from Thursday’s close of 3.9920/9955. In a special address yesterday, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced that, effective April 1, the individual monthly limit for the purchase of BUDI95 will be temporarily adjusted to 200 litres per month from 300 litres per month previously, due to the ongoing conflict in West Asia. A majority of the people are not affected by the quota reduction, as consumers on average use about 100 litres per month and nearly 90 per cent consume less than 200 litres per month. --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR, 3 November: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0690/0750 berbanding dolar AS daripada 4.0695/0735 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata rundingan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berpotensi membawa kepada pembukaan semula Selat Hormuz.

Harga minyak mentah Brent menurun dengan ketara sebanyak 8.12 peratus kepada AS$104.21 setong.

“Pada masa yang sama, lelongan Bil Perbendaharaan AS untuk tempoh tiga dan enam bulan menyaksikan penurunan hasil, menunjukkan bahawa jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah mereda.

“Bagaimanapun, situasi di Asia Barat masih tidak menentu dan pemain pasaran akan terus memantau keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Mohd Afzanizam menjangka ringgit diniagakan dalam jajaran kecil hari ini berikutan sentimen pasaran kekal berhati-hati.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.5540/5607 daripada 4.5652/5697 semasa ditutup pada Isnin, naik berbanding pound kepada 5.4561/4642 daripada 5.4621/4675, bagaimanapun menurun berbanding yen kepada 2.5769/5809 daripada 2.5766/5793 sebelum ini.

Ringgit mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1809/1858 daripada 3.1825/1862, bagaimanapun mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 224.1/224.5 dan peso Filipina kepada 6.39/6.41.

Mata wang tempatan menurun berbanding baht Thailand kepada 12.0634/0920 daripada 12.0496/0661 semasa ditutup pada Isnin. – Bernama

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 2 November: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas,