Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita cedera, kanak-kanak selamat dalam kemalangan
  • KEMALANGAN

Wanita cedera, kanak-kanak selamat dalam kemalangan

Utusan Sarawak 5 months ago

SELAMATKAN... Pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

KUCHING: Wanita berusia 23 tahun cedera di bahagian kaki selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Stephen Yong, di sini, pagi tadi.  

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi dan sebuah jentera bomba tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.  

Komander Operasi, PBK II KUP Garry Thompson  Lemond dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang melaporkan bahawa insiden tersebut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda. 

“Seorang mangsa wanita, ditemui masih berada di dalam kenderaan semasa pasukan penyelamat tiba.  

“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan operasi dan telah dihantar ke hospital menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. 

Selain wanita tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia antara lima hingga enam tahun turut terlibat dalam kemalangan itu, namun dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.  

Operasi melibatkan 10 anggota bomba dan satu EMRS. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.58 pagi.  

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Continue Reading

Previous: Wanita cedera dalam kemalangan libatkan dua kenderaan  
Next: SAR anggota TDM hilang di Royal Belum masih diteruskan – polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.