Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dayak Big Bikers Club Bintulu adakan program kemasyarakatan di Rumah Jarrau
  • Tengah
  • WILAYAH

Dayak Big Bikers Club Bintulu adakan program kemasyarakatan di Rumah Jarrau

Utusan Sarawak 6 months ago
KHIDMAT MASYARAKAT… Ahli-ahli DBBCB merakam kenangan bersama penduduk Rumah Joseph Jarrau di Tanjung Bekakap, semalam.

SIBU: Dayak Big Bikers Club Bintulu (DBBCB) telah menganjurkan program kemasyarakatan di Rumah Joseph Jarrau, Tanjung Bekakap, semalam.

Program tersebut merupakan salah satu daripada aktiviti mereka sempena Sibu Bike Week 2024.

DBBCB yang diketuai presidennya, Souven Jawa, turut memberikan sumbangan 30 unit selimut api untuk diagihkan kepada penduduk rumah panjang terbabit bagi kegunaan ketika kecemasan.

Souven memberitahu, program tersebut merupakan salah satu program kemasyarakatan memandangkan kelab telah lama tidak membuat program seumpama susulan pandemik Covid-19.

“Oleh itu, tahun ini kita merancang untuk meneruskan program kemasyarakatan seperti ini. Program ini telah kita rancang semasa sambutan Gawai lepas,” katanya ketika berucap pada program tersebut semalam.

Selain menyumbangkan selimut api, DBBCB turut memberi khidmat memeriksa alat pemadan api mudah alih serta taklimat ringkas mengenai cara penggunaan alat pemadam api dengan betul.

“Untuk sesi terakhir, kita juga akan berkongsi sedikit ilmu dengan penduduk rumah panjang berhubung aspek keselamatan serta kebakaran,” kata beliau.

Berucap sama pada program itu, Tuai Rumah Joseph Jarrau berterima kasih kepada DBBCB atas sumbangan yang telah diberikan, selain berkongsi ilmu.

Turut hadir, Naib Presiden DBBCB John Conelius, Setiausaha Dexter Anyang, Bendahari Wiltany Kupong serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan besi di Jalan Nam Chong berjaya disiapkan dalam tempoh 20 hari
Next: Uggah beri penghormatan terakhir kepada mendiang Agustine Liom

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.