Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas antara tujuh individu cedera dalam pertembungan dua kereta
  • KEMALANGAN

Warga emas antara tujuh individu cedera dalam pertembungan dua kereta

Utusan Sarawak 6 months ago
REMUK… Keadaan dua buah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kampung Terasi Asajaya.

KUCHING: Tujuh individu termasuk seorang warga emas mengalami kecederaan setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua kenderaan di simpang Kampung Terasi di sini, hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 12.55 tengah hari sebelum menggerakkan sepasukan anggota dengan kekuatan seramai lapan orang ke lokasi.

”Setibanya di lokasi, Komander Operasi memaklumkan kemalangan melibatkan dua kereta iaitu Nissan Almera (dua mangsa) dan Proton Persona (lima mangsa).

”Enam orang mangsa yang cedera telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dikejarkan ke hospital berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa, warga emas berusia 66 tahun yang merupakan pemandu Nissan Almera masih tersepit dan berada di dalam kereta.

Pasukan keluaran operasi kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkannya kepada pihak perubatan untuk dibawa ke hospital.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.30 petang setelah pasukan keluaran operasi memastikan keadaan kembali selamat.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Operasi cari seorang lagi anggota tentera hilang di Gerik diteruskan pagi ini
Next: Wanita cedera dalam kemalangan libatkan dua kenderaan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.