LAWAS: Seramai 135 orang penjawat awam di Wisma Persekutuan Lawas dikejutkan dengan siren amaran kebakaran, awal pagi ini.
Kejutan berkenaan merupakan sebahagian daripada pengisian program Ceramah Keselamatan Kebakaran, Pengunsian Bangunan dan Demonstrasi Alat Pemadam Api Anjuran Ambang Wira Sdn. Bhd Wisma Persekutuan Lawas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Azman Ibrahim memberitahu, turut diadakan pada program berkenaan ialah Ceramah Keselamatan Kebakaran, Latihan dan taklimat Pengunsian Bangunan serta Demonstrasi Alat Pemadam Api yang telah dilaksanakan Wisma Persekutuan Lawas, Sarawak.
“Program ini bertujuan memupuk budaya keselamatan kebakaran dalam kalangan semua Staf dan Emergency Response Team (ERT) Ambang Wira Sdn. Bhd. Wisma Persekutuan Lawas begitu juga orang awam yang berurusan setiap hari di tempat tersebut,” katanya kepada media hari ini.
Pelbagai agensi lain yang turut menggunakan premis tersebut terlibat dalam latihan dan demonstrasi yang dilakukan.