Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
  • BISNES

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 6 months ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke melancarkan Tambang AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baru Cina di AirAsia RedQ, hari ini. Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bo Lingam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Kapten Chester Voo dan Ketua Pegawai Komersial AirAsia Paul Carroll. FotoBERNAMA

SEPANG: AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Paul Caroll ketika mengumumkannya berkata tambang semua dalam satu bagi penerbangan dari Kuala Lumpur dan Johor Bharu ke Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu ialah RM328, manakala penerbangan ke Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan ialah RM388.

Beliau berkata, justeru, AirAsia akan menyediakan 152 penerbangan tambahan bagi memenuhi jangkaan lebihan permintaan bagi penerbangan sepanjang tempoh perayaan itu bermula 24 Januari hingga 4 Februari 2025.

“Memandangkan Tahun Baharu Lunar akan tiba tidak sampai satu bulan lagi, kami teruja untuk menyambut ketibaan Tahun Ular yang melambangkan kecekalan dan keazaman.

“Bagi meraikan perayaan ini, AirAsia dengan bangganya menawarkan tambang tetap mampu milik supaya rakyat Malaysia dapat bersama-sama orang tersayang pada hari istimewa ini,” katanya pada pelancaran tambang itu di ibu pejabat AirAsia di sini, hari ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Next: Hidrogen dijangka sumbang RM2.5 – RM3.6 bilion kepada KDNK Sarawak setiap tahun 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.