Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Urus niaga ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang global, kata seorang penganalisis.

Pada 8.03 pagi, unit tempatan menyusut kepada 4.4595/4680 berbanding penutupan urus niaga semalam pada paras 4.4570/4625.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang Amerika Syarikat (AS) dolar dirangsang oleh kebimbangan terhadap perkembangan politik di Perancis ketika ini susulan terdapat usul undi tidak percaya terhadap perselisihan pendapat mengenai belanjawan negara tersebut.

Sementara itu, gabenor Rizab Persekutuan (Fed) AS Christopher Waller berkata, beliau akan memutuskan untuk menurunkan kadar faeadah, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bulan ini, justeru memberi gambaran bahawa lebih banyak pelonggaran kewangan akan berlaku.

“Oleh itu, ringgit boleh kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS kerana sentimen pasaran masih bersikap berhati-hati terhadap prospek masa depan Fed AS pada 2025 kerana ancaman terhadap tarif yang lebih tinggi boleh meningkatkan kadar inflasi tahun depan. Itu boleh membentuk kadar pelonggaran monetari,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.6426/6534 daripada 5.6613/6683 ketika ditutup, semalam, melonjak berbanding euro kepada 4.6807/6896 daripada 4.6856/6914, bagaimanapun, merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9784/9842 daripada 2.9648/9687, semalam.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendag berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3136/3202 daripada 3.3113/3156 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.62 daripada 7.59/7.61 sebelumnya tetapi ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9134/9462 daripada 12.9196/9423 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 280.3/281.0 daripada 280.1/280.6, semalam, sebelum itu. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Next: AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.