Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • MAQIS gagalkan cubaan bawa keluar tiga burung merbok tanpa permit
  • JENAYAH

MAQIS gagalkan cubaan bawa keluar tiga burung merbok tanpa permit

Utusan Sarawak 6 months ago

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyekat cubaan seorang individu warga Indonesia untuk membawa keluar tiga ekor burung merbok tanpa permit eksport yang sah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, 17 November lepas.

Perbuatan itu dikesan pada 6.00 pagi semasa pemeriksaan rutin ke atas seorang individu di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 dilaksanakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga burung merbok tersebut cuba dibawa keluar tanpa sebarang dokumen yang sah seperti permit eksport MAQIS mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” menurut MAQIS dalam kenyataan hari ini.

Mengeksport sebarang keluaran pertanian tanpa permit eksport MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta 728 yang boleh dihukum di bawah Seksyen11(3) akta sama. 

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua- duanya sekali.

MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang keluar dari dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan kerajaan. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Hasrat tambah pendapatan tapi rugi RM34,800 kena tipu
Next: Dua lelaki ditahan dalam operasi bersepadu polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.