BETONG: Beberapa kawasan di daerah Betong terus dijalankan aktiviti pembersihan kawasan sebelum pelaksanaan nyahcemar Covid-19 dilakukan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong Vincent Baling Yabi memberitahu, pihaknya telah menerima arahan untuk membersihkan beberapa kawasan di Betong termasuk Spaoh, Debak dan Pusa.
“Hari ini (semalam) saya bersama pegawai dan anggota BBP Betong membuat kerja-kerja pembersihan menggunakan pancutan hos bomba dari jentera dan van untuk nyahcemar Covid-19 di bahagian Betong.
“Keesokan harinya pula kami akan bersama pihak KKM dan Majlis Daerah Betong (MDB) untuk kerja-kerja sanitasi nyahcemar Covid-19,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kerja-kerja pembersihan yang dijalankan.
Tambahnya, pada hari pertama ini mereka telah membuat ‘flushing’ di Pasar Basah Betong, Tamu Betong, Pasar Basah Spaoh dan Tamu Spaoh.
“Pada keesokan harinya (hari ini) kami akan membuat kerja ‘flushing’ di Market Basah Debak dan Tamu Pusa yang diketuai Pegawai Operasi BBP Betong PBK I Henry Jugah.
“Manakala satu pasukan yang akan diketuai saya akan membantu dalam kerja-kerja sanitasi di Pasar Basah Betong, Tamu Betong, Pasar Basah Spaoh dan Tamu Spaoh,” ujarnya. Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi turut akan dibantu sembilan anggota BBP Betong.