Wisma SALCRA dinamakan semula Menara Alfred Jabu

Facebook
WhatsApp
PENGHARGAAN…Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyampaikan plak penghargaan kepada Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang sambil disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada Majlis Makan Malam Gala Jubli Emas SALCRA di Kuching, malam tadi. Foto Norman B

KUCHING, 13 Oktober: Wisma Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) kini dikenali sebagai Menara Alfred Jabu (Ibu Pejabat SALCRA) sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dalam penubuhan serta pembangunan organisasi itu sejak 50 tahun lalu.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, penamaan semula ibu pejabat SALCRA itu diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak pada 24 September lalu.

Menurutnya, penghormatan itu merupakan pengiktirafan terhadap peranan dan kepimpinan Alfred Jabu dalam memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar, khususnya pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan teks penghargaan sempena majlis penamaan semula Wisma SALCRA kepada Menara Alfred Jabu pada Majlis Makan Malam Gala Jubli Emas SALCRA yang turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini malam tadi.

Stephen Rundi, yang juga Pengerusi SALCRA, berkata Alfred Jabu merupakan tokoh penting dalam penubuhan organisasi itu apabila membentangkan rang undang-undang berkaitan penubuhannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 24 Mac 1976.

PENGHORMATAN…Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berucap sempena penamaan semula Wisma SALCRA kepada Menara Alfred Jabu sebagai penghargaan terhadap jasa Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada Majlis Makan Malam Gala Jubli Emas SALCRA di Kuching, malam tadi. Foto Norman B

Katanya, Alfred Jabu turut memainkan peranan penting dalam mendapatkan kepercayaan pemilik tanah NCR untuk menyertai skim pembangunan tanah melalui pendekatan turun padang, termasuk mengadakan pertemuan dengan masyarakat di rumah panjang.

Beliau berkata, komitmen Alfred Jabu terhadap pembangunan SALCRA berterusan apabila beliau menerajui organisasi itu sebagai pengerusi sebanyak dua kali, dengan tempoh perkhidmatan terakhir berakhir pada 25 Januari 2017.

Sepanjang lima dekad penubuhannya, SALCRA telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi luar bandar melalui penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, pengembangan kegiatan keusahawanan dan pembangunan infrastruktur.

Penamaan Menara Alfred Jabu itu diharap menjadi simbol penghargaan terhadap wawasan, kepimpinan dan sumbangan beliau, selain memastikan legasinya terus dikenang oleh generasi akan datang.

Oleh Norman B

Rumah kosong musnah sepenuhnya dijilat api

ASAJAYA, 13 Oktober: Sebuah rumah kosong berstruktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Jemukan menghala ke Semara, berhampiran