Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Jenazah komposer terkenal S Atan selamat dikebumikan
  • HIBURAN

Jenazah komposer terkenal S Atan selamat dikebumikan

Utusan Sarawak 6 months ago

Jenazah komposer terkenal Datuk S. Atan, 75, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Jenazah komposer terkenal Datuk S Atan, 75, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang dekat sini pada 11 pagi ini.

Terdahulu, jenazah dikafan dan disolatkan di Masjid Jamek Pekan Kajang kira-kira 9 pagi.

Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan artis hadir memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 10.32 pagi untuk dikebumikan.

Allahyarham S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said meninggal dunia di kediamannya di Taman Bukit Kajang Baru petang semalam akibat jangkitan kuman paru-paru.

S Atan cukup terkenal dengan sentuhan lagu Melayu Deli yang dirakam penyanyi popular seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Noor Kumalasari, Herman Tino dan Zaleha Hamid.

Antara lagu raya popular malar segar ciptaannya adalah Menjelang Hari Raya dendangan Datuk DJ Dave; Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman); Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone); Salam Aidilfitri (Datuk Jamal Abdillah); Hari Mulia (Datuk Sheila Majid) dan Indah Beraya Di Desa (Azlina Aziz).

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lebih 5,000 peminat muzik indie meriahkan Konsert MYACASA Borneo 2024
Next: Biduanita negara, Siti Nurhaliza memukau 18,000 peminat di Pesta Muzik CUCKOOTOPIA 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.