SARIKEI: Rondaan pemantauan di lima kawasan rendah berisiko banjir telah dijalankan oleh pihak bomba petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, tiga anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan tersebut.
“Lima kawasan rendah yang dipantau bermula jam 4.45 petang adalah Jalan Pisang Emas, Jalan Cempaka, Jalan Allamanda, Jalan Langsat dan Jalan Bunga Raya.
“Rondaan pemantauan dijalankan di kawasan rendah berisiko banjir sempena menghadapi monsun timur laut (MTL),” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, pemantauan di lima kawasan tersebut mendapati paras air masih dalam keadaan terkawal.
“Semasa pemantauan, air sedang pasang dan paras air masih terkawal.
“Selain itu, keadaan cuaca mendung ketika pasukan bomba menjalankan pemantauan.
“Alhamdulillah, tiada panggilan kecemasan diterima sepanjang pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek