Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dermaga konkrit di Kampung Jepak siap, selesa untuk pengguna
  • WILAYAH

Dermaga konkrit di Kampung Jepak siap, selesa untuk pengguna

Utusan Sarawak 6 months ago

Kerja-kerja baik pulih dermaga konkrit di Kampung Jepak telah siap, memastikan kemudahan yang lebih selamat dan selesa untuk penduduk setempat.

BINTULU: Projek baik pulih dermaga konkrit di Kampung Jepak siap sepenuhnya pada 4 November lalu. 

Projek ini, yang dilaksanakan oleh Syarikat ALIZA Enterprise dan dipantau oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB) Bintulu, bertujuan meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna dermaga terutamanya kepada penduduk Kampung Jepak.

Dengan kerja-kerja baik pulih itu, risiko kebocoran dan masalah pengaliran air ketika hujan dijangka dapat dikurangkan sekali gus memberi lebih keselesaan kepada pengguna dermaga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee dalam satu kenyataan menzahirkan terima kasih kepada SRB Bintulu atas usaha mereka bagi memastikan kemudahan awam itu berada dalam keadaan baik. 

Difahamkan, SRB Bintulu juga akan terus memantau dermaga tersebut untuk memastikan ia kekal selamat dan berfungsi dengan baik.

Continue Reading

Previous: Orang ramai penuhi Pesta Ria Sri Aman saban malam
Next: DUN: Projek bekalan air di lima lokasi di Kanowit, Sibu dikemukakan kepada KKDW

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.