Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak komited majukan pendidikan
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak komited majukan pendidikan

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK MU… Datuk Francis Harden Hollis menyerahkan cek MRP bernilai RM25,000 kepada LPS SJK (C) Chung Hua Bangkong, Lachau, Pantu pada satu majlis khas di sekolah berkenaan.

PANTU: Kerajaan Sarawak akan terus membantu memperkasakan proses pembangunan pendidikan di negeri ini, kata Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.

Menurut beliau, Kerajaan Sarawak tahun lepas sahaja membelanjakan lebih RM300 juta bagi membina infrastruktur serta kemudahan sekolah, membina sekolah baharu, membaik pulih sekolah dan sebagainya.

“Bukan itu sahaja penubuhan Kementerian Pendidikan, Sains dan PenyelidikanTeknologi (MESTR) jelas membuktikan kesungguhan Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti kepada setiap lapisan penduduk di negeri ini.

“Kesemua ini Kerajaan Sarawak lakukan untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memakmurkan lagi proses pembangunan negeri dan negara pada masa akan datang,” kata beliau.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Kecil Luar Bandar (MRP) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bangkong, Lachau, Pantu di sini.

Beliau turut memberitahu wakil rakyat Kerajaan Sarawak juga membantu proses pembangunan pendidikan dengan menyalurkan peruntukan MRP kepada sekolah-sekolah di kawasan mereka.

“Selain projek pembangunan pendidikan yang disalur oleh kerajaan, wakil rakyatnya juga boleh menyalur peruntukan kepada sekolah mereka sendiri bagi tujuan kegunaan guru, ibu bapa dan murid.

“Ini untuk memastikan proses pembangunan pendidikan di sekolah dapat dilaksanakan sementara menunggu projek lebih besar yang disalur oleh kerajaan,” kata Harden.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan cek MRP berjumlah RM25,000 kepada Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) SJK (C) Chung Hua Bangkong.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kereta terbabas sendiri
Next: Richard Riot rasmi Jalan Chung Hua, Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.