Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usaha cari lelaki hilang diteruskan
  • Utara
  • WILAYAH

Usaha cari lelaki hilang diteruskan

Utusan Sarawak 7 months ago

CARI... Rary Binjie bersama pasukan yang terlibat dalam operasi SAR lelaki hilang ketika taklimat di Dewan Serbaguna Kampung Beraya Batu 1. - Gambar JBPM

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 2 November lalu diteruskan, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie berkata anggota SAR menjalankan operasi di sekitar jalan di kawasan Subis menggunakan kenderaan kerana lokasi mangsa yang hilang tidak dapat dipastikan.

“Turut terlibat ialah sembilan anggota polis Miri, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dua anggota RELA dan sepuluh penduduk kampung. 

“Mangsa dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah pada 2 November lalu dan laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga di Balai Polis Bekenu,” jelasnya.

Difahamkan lelaki berusia 39 tahun itu berasal dari Kampung Beraya Batu 1, Miri dan perlu melaporkan diri ke pejabat AADK pada 5 November lalu, namun tidak balik ke rumah hingga sekarang. 

“Dia keluar rumah menggunakan pakaian lengan panjang berwarna hitam, seluar pendek berbunga dan berselipar.

“Pasukan yang terlibat dalam operasi SAR lelaki hilang diberi taklimat di Dewan Serbaguna Kampung Beraya Batu 1, Miri hari ini,” katanya.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: ADUN Pelawan agih peruntukan untuk 36 NGO, JKKK
Next: Orang ramai kini boleh berulang-alik 24 jam Marudi-Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.