MIRI: Lelaki berusia 55 tahun maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Baram Bypass di sini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan itu berlaku sekitar 6.50 pagi.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati, semasa tiba di lokasi kejadian mangsa yang
memandu kenderaan ke tempat kerja telah hilang kawalan dan terbabas ke dalam semak berhampiran jalan.
“Kemalangan ini menyebabkan kenderaan mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Tudan semasa
menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.