Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok tua di sekitar bandar Lawas ditebang
  • Utara
  • WILAYAH

Pokok tua di sekitar bandar Lawas ditebang

Utusan Sarawak 7 months ago

CANTAS POKOK...kelihatan pekerja sedang melakukan kerja mencantas dahan pokok di sekitar bandar Lawas.  

LAWAS: Pihak Majlid Daerah Lawas (MDL) meneruskan operasi mencantas dan menebang pokok tua di sekitar bandar Lawas. 

Sehubungan itu orang ramai dan pemilik kenderaan dinasihatkan untuk memberikan kerjasama agar operasi ini dapat dijalankan dengan selamat. 

Terdahulu Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong mengesa pihak yang menggunakan khidmat kontraktor untuk menebang dan mencantas pokok di kawasan bandar bagi memastikan dahan yang telah dicantas dapat dibersihkan segera. 

Ini disebabkan sisa dahan yang dikumpul dibawah pokok di sekitar bandar bukan sahaja menjejaskan keadaan kebersihan malah boleh mengundang bahaya. 

“Kita harap kerja mencantas dan menebang pokok ini dapat dijalankan dengan sempurna dan jangan biarkan dahan yang telah dipotong itu terbiar untuk berminggu dibersihkan.

“Apa yang membimbangkan ialah dahan ini boleh terbang apabila ditiup angin kencang dan membahayakan pengguna jalan berhampiran, lagi pun keadaan ini menjejaskan kebersihan kawasan bandar, ” katanya ketika dihubungi media hari ini

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Pelancaran awal jambatan Marudi Ahad ini
Next: Pesta Ria Sri Aman bermula Jumaat ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.