MARUDI: Prapelancaran jambatan Marudi bernilai RM116.5 juta dilakukan pada Ahad ini, 10 November.
Majlis itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil.
Jambatan dua lorong sepanjang 650 meter itu akan menghubungkan pekan Marudi dan Miri sekali gus memendekkan tempoh masa perjalanan ke Miri dan Marudi atau sebaliknya.
Dengan itu juga masyarakat di Baram dan Marudi khususnya tidak lagi menggunakan perkhidmatan feri menyeberang Sungai Baram untuk ke Miri.
Sementara itu, Dr Penguang berkata dengan siapnya jambatan ini maka ia akan membuka lembaran baharu, untuk penduduk tempatan.
Katanya, projek pembinaan jambatan Marudi dimulakan pada 2019 oleh kontraktor terdahulu dan pada awalnya dijadulkan siap pada Januari 2022.
Kemudian kontraktor penyelamat dilantik iaitu Piasau Konkerit Sdn Bhd pada 2022 setelah ia dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ sebelum itu.
Oleh JIKU JUGUONG