Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ding pantau pemasangan bekalan elektrik di Dewan IPD Meradong, IPG Kampus Rajang
  • Tengah
  • WILAYAH

Ding pantau pemasangan bekalan elektrik di Dewan IPD Meradong, IPG Kampus Rajang

Utusan Sarawak 7 months ago

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing telah menjalankan lawatan dan tinjauan ke Dewan IPD Meradong dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang. 

Katanya, lawatan dan tinjauan tersebut adalah bertujuan memantau pemasangan bekalan elektrik dijalankan oleh agensi pelaksana iaitu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). 

“Saya berharap melalui kiraan kos daripada pihak Sesco, pihak JKR akan mendapat kos projek yang ingin dilaksanakan. 

“Projek pemasangan bekalan elektrik di Dewan IPD Meradong dan projek naik taraf bekalan elektrik Dewan IPG Kampus Rajang ini adalah melalui kelulusan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai lawatan dan tinjauan di kedua-dua projek tersebut, petang semalam. 

Koung Hiing juga berharap pemasangan bekalan elektrik berkenaan adalah untuk kegunaan jangka panjang warga IPD Daerah Meradong dan IPG Kampus Rajang Bintangor.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong DSP Sekam Anoi, Penolong Jurutera Elektrik JKR Bahagian Sarikei Noor Harliza dan Pembantu Kemahiran IPG Kampus Rajang Perry Aso. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lumba perahu ‘Gaya Sambas’ bakal jadi tumpuan Festival Makanan Roban bermula 29 Nov ini
Next: JPJ: 332 kenderaan diperiksa, 95 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.