Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Khabar gembira untuk warga SMK Lawas
  • SEMASA

Khabar gembira untuk warga SMK Lawas

Utusan Sarawak 6 months ago

SURAT KELULUSAN...Henry Sum menerima surat kelulusan peruntukan untuk SMK Lawas daripada Fadhlina Sidek di Kuala Lumpur.

LAWAS: Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong menyampaikan khabar gembira untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM400,000 untuk pembinaan semula dua blok bangunan SMK Lawas yang musnah terbakar pada Oktober lalu. 

Di Kuala Lumpur, beliau bertemu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di pejabatnya di bangunan Parlimen untuk menyampaikan keperluan bagi sektor pendidikan di Parlimen Lawas. 

Henry Sum menerima surat kelulusan peruntukan itu untuk membantu SMK Lawas daripada Fadhlina Sidek. 

Baru-baru ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dua blok bangunan pentadbiran dan Gedung Ilmu SMK Lawas yang musnah terbakar itu akan dibangunkan semula melalui peruntukan khas Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

Persetujuan awal itu telah diperoleh melalui perjumpaan terus beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri mesyuarat Ketua-ketua Menteri dan Menteri Besar di Kuala Lumpur.

Kebakaran tersebut turut melibatkan kerugian RM1.9 juta dan siasatan awal mendapati kebakaran berpunca masalah elektrikal daripada pendawaian di bangunan sekolah yang telah wujud sejak 1962.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera
Next: ‘Jangan pisahkan guru suami isteri’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.