Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPWK mahu kakitangan jalankan amanah penuh adab, kasih sayang
  • Utara
  • WILAYAH

KPWK mahu kakitangan jalankan amanah penuh adab, kasih sayang

Utusan Sarawak 7 months ago
BERI KHIDMAT… Rosey bersama Presiden Persatuan Kedayan Lawas Kaunselor Haris Majid (kiri) dan jemputan lain pada perasmian Pesta Makan Tahun Kedayan Daerah Lawas di Ulu Merapok, hari ini.

LAWAS: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) mahu semua kakitangannya menjalankan amanah dengan penuh adab dan kasih sayang.

Merujuk kepada isu tular kekasaran seorang penjawat awam di Lawas yang didakwa berkasar ketika melayan seorang warga emas baru-baru ini, kementerian bertanggungjawab memberi maklum balas bahawa perkara ini tidak akan berulang.

Timbalan Menteri KPWK Datuk Rosey Yunus menegaskan bahawa pihaknya sentiasa mahu kakitangan kementerian menjalankan amanah dengan penuh perasaan insani dan beradab.

“Dalam kementerian kita, perinsanan itu penting dan peranan kita dalam kementerian adalah untuk membantu seboleh-bolehnya setakat mana kita dapat membantu dan sebenarnya ini kita mengharapkan perasaan membantu ini dapat diterapkan kepada setiap lapisan petugas kita.

“Kadangkala berlaku kegelinciran di perjalanan atau mungkin keadaan yang menyebabkan situasi sedemikian.

“Apapun, kita berterima kasih atas maklum balas dan kita dapat membaikinya,” katanya.

Rosey berkata demikian ditemui pemberita ketika mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada majlis penangguhan Pesta Makan Tahun Kedayan Lawas di Pusat Khidmat Mini Ulu Merapok, hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Rosey berkata, pegawai berkenaan pada ketika itu mungkin sedang berdepan situasi sukar.

Bagaimanapun, Rosey memaklumkan bahawa pihak kementeriannya akan memastikan insiden seperti ini tidak akan berulang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantuan awal persekolahan ringankan beban keluarga berpendapatan rendah
Next: Pembukuan warisan khazanah penting untuk rujukan generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.