Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS beri notis amaran kepada empat premis makanan di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS beri notis amaran kepada empat premis makanan di Sibu

Utusan Sarawak 7 months ago
PERIKSA… Kakitangan MPS ketika memeriksa sebuah premis dalam operasi tersebut di Sibu.

SIBU: Sebanyak empat premis makanan di sini telah diberikan notis amaran oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) atas kesalahan tidak mematuhi peraturan kebersihan tandas dan dapur.

Tindakan ini diambil oleh Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPS, yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusinya, Kaunselor Yiing Sy Huat.

Menurut Yiing, operasi pemeriksaan tersebut melibatkan penyitaan peralatan dapur yang usang, pecah, atau sumbing, selain rampasan penyedut minuman plastik dari salah satu premis.

“Selain itu, penggunaan peralatan yang tidak sesuai dan kotoran premis menjadi antara kesalahan utama yang dikesan.

“Operasi ini juga mendapati kelemahan pada kebersihan tandas, tiada atau grease trap yang tidak berfungsi dengan baik, serta pengendali makanan yang tidak mengenakan apron, topi, atau kasut semasa bekerja.

“Di samping itu, kekurangan kawalan serangga perosak turut dikesan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Yiing berkata, MPS akan terus mengadakan operasi ini pada masa akan datang bagi memastikan kebersihan premis makanan di bandar ini sentiasa dipelihara.

“Kami berharap agar semua premis makanan mematuhi peraturan yang ditetapkan demi menjaga kesihatan orang awam.

“Tiada kompromi bagi pemilik yang melanggar peraturan dan kompaun akan dikenakan jika kesalahan berulang,” tegasnya.

Justeru, beliau menasihatkan agar pemilik premis makanan sentiasa mengutamakan kebersihan khususnya di bahagian dapur seperti alatan dan juga tandas mereka bagi menjamin kesihatan orang ramai.

Turut serta dalam operasi itu ialah Kauselor Yii Suok Ming, Kaunselor Dr Johnny Kieh dan Kaunselor Norizan Sanyut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 11 premis makanan Gred C di Limbang, perlu tingkatkan kebersihan
Next: Bekas Naib Pengerusi DAP, Leon Jimat Donald umum sertai PBB hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.