Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Petros peruntuk perbelanjaan modal RM40 bilion lima tahun akan datang
  • TEMPATAN

Petros peruntuk perbelanjaan modal RM40 bilion lima tahun akan datang

Utusan Sarawak 7 months ago

Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo. Foto UKAS

KUCHING: Petros, syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri Sarawak, memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk perbelanjaan modal bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo.

Beliau berkata syarikat itu mencatatkan hasil berjumlah RM4 bilion tahun lalu dan angka ini diunjurkan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Petros kini menyertai dalam 19 kontrak perkongsian pengeluaran secara kerjasama dengan pemain utama minyak dari beberapa negara dan ini juga dijangka turut berkembang,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-7 Petros, di sini, malam tadi.

Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hamid berkata sejak dilancarkan pada 7 Ogos, 2017, Petros telah berkembang sebagai pemain bersepadu, aktif menyertai seluruh rantaian nilai minyak dan gas, menyelaras usaha untuk memperkasa pembangunan ekonomi sosial di Sarawak.

Beliau berkata di bawah pelan hala tuju gasnya, Petros sedang membangunkan empat hab strategik di Kuching, Miri, Bintulu dan Similaju, dengan potensi pelaburan sebanyak RM100 bilion bagi tempoh beberapa tahun akan datang, dan bersama-sama Petronas, menjadi pengedar tunggal gas petroleum cecair di Sarawak.

“Kami juga membelanjakan sebanyak RM4.7 juta pada 2023 untuk inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat kami dan jumlah yang hampir sama pada 2024, sebahagian besarnya untuk pendidikan dan kesihatan,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kompleks UNIFOR terima OP, cerminan pencapaian bersejarah
Next: Petros pasang paip gas di Miri, untuk 135 lagi isi rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.