Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga angkasawan berjaya berlabuh di stesen angkasa China
  • GLOBAL

Tiga angkasawan berjaya berlabuh di stesen angkasa China

Utusan Sarawak 7 months ago

ISTANBUL: Tiga angkasawan berjaya berlabuh di stesen angkasa lepas China selepas pelancaran kru Shenzhou-19 awal Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kapal angkasa Shenzhou-19 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F, pada Rabu, 4.27 pagi waktu tempatan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Mongolia Dalam di wilayah Gansu.

Tiga angkasawan itu ialah Cai Xuzhe, 48, Song Lingdong, 34, dan Wang Haoze, 34.

Wang ialah angkasawan wanita China pertama manakala Cai berkhidmat sebagai komander misi terbaru. Ia merupakan misi kedua Cai dalam tempoh 22 bulan.

Kru itu bertemu dengan angkasawan lain, yang dikenali sebagai taikonaut di China, untuk melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit.

Anak kapal Shenzhou-19 akan mengawal operasi angkasa lepas daripada taikonaut Shenzhou-18, yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke bumi selepas menjalankan penyelidikan angkasa lepas selama enam bulan.

“Kami menjalani latihan sebagai satu pasukan selama lebih setahun, mengekalkan keadaan terbaik dan piawaian tertinggi dipatuhi,” kata Cai menjelang pelancaran.

China pertama kali melancarkan misi angkasawan, Shenzhou-5, pada 2003.

Ye Guangfu dan rakan sepasukan Li Cong dan Li Guangsu dari kru Shenzhou-18 kini berada di stesen angkasa Tiangong yang dibina hasil teknologi tempatan China.

Beijing melancarkan kru Shenzhou-18 pada 25 April dan mereka dijangka kembali pada 4 Nov di Tapak Pendaratan Dongfeng.– BERNAMA-ANADOLU 

Continue Reading

Previous: Pemilik FB, Meta berdepan saman AS$2.8 juta di Jepun akibat iklan palsu
Next: Biden hadir upacara angkat sumpah presiden baharu AS tanpa mengira pemenang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.