ROM: Polis Itali menahan seorang jururawat yang disyaki membunuh lapan pesakit warga emas di rumah penjagaan dalam tempoh dua tahun lalu.
Penahanan itu susulan penyiasatan panjang selepas kematian tinggi direkodkan di rumah penjagaan yang terletak di Ascoli Piceno.
Pendakwa raya memulakan siasatan pada September 2018 selepas siri kematian yang mencurigakan berlaku di situ dan mula mengesan rekod lama di fasiliti itu.
Suspek lelaki berusia 57 tahun yang tidak didedahkan namanya itu dipercayai menyuntik pesakit dengan dos ubat yang kuat sehingga boleh membunuh, antara Januari 2017 hingga Februari 2019.
Media melaporkan, suspek juga dikesan cuba membunuh empat lagi pesakit. – AFP