Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selenggara pokok tumbang halang jalan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba selenggara pokok tumbang halang jalan

Utusan Sarawak 7 months ago
KHIDMAT KHAS… Anggota bomba memotong dahan pokok tumbang di Jalan Ulu Meradong. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Sebatang pokok berukuran 15 kaki panjang telah tumbang melintangi jalan di Jalan Ulu Meradong, pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.19 pagi.

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh PBK II Kilok Lampas bergegas ke lokasi pokok tumbang.

“Setibanya di lokasi, operasi memotong dan mengalih dahan pokok tumbang dijalankan oleh pasukan bomba.

“Pasukan bomba menggunakan dua mesin gergaji berantai untuk memotong dahan pokok yang tumbang dan operasi itu selesai dalam tempoh lebih kurang 32 minit. 

“Khidmat khas selesai sepenuhnya pada 7.00 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.  

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RTP bantu penduduk terokai kawasan baharu
Next: Kuil Si Thian Hock Shu Moo Kuan Yin Tong terima suntikan dana UNIFOR RM200,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.