Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ten Hag kembali goyang
  • SUKAN

Ten Hag kembali goyang

Utusan Sarawak 7 months ago

Reaksi kecewa Bruno Fernandes dan Amad Diallo selepas tewas kepada West Ham

LONDON: Kedudukan Erik Ten Hag kembali dalam bahaya selepas Manchester United tumbang 1-2 kepada West Ham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London malam tadi.

Jaringan penalti kontroversi Jarrod Bowen pada minit ke-92 membantu West Ham kendalian Julen Lopetegui melakar kemenangan bermakna dan memberikan United kekalahan keempat daripada sembilan perlawanan yang menyaksikan mereka menghuni tangga ke-14 liga.

Malah kekalahan itu membuktikan Stadium London jelas badi buat Ten Hag yang tewas buat kali ketiga berturut-turut di situ sepanjang karier menjadi pengurus Red Devils.

Apapun, United harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan itu selepas beberapa peluang yang terhidang pada babak pertama gagal disudahkan.

Ia termasuk percubaan Alejandro Garnacho yang terkena palang gol seawal minit kedua manakala Diogo Dalot gagal meletakkan bola di dalam gawang yang ternganga pada minit ke-32.

Bagaimanapun, West Ham bangkit memperkemaskan permainan pada babak kedua yang menyaksikan mereka mendahului hasil jaringan Crycensio Summerville pada minit ke-74.

Casemiro bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-81 tetapi penalti kontroversi yang disempurnakan Bowen pada masa kecederaan menyaksikan United tumbang. 

Continue Reading

Previous: Salah selamatkan Liverpool
Next: Arteta kata Arsenal akan bangkit semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.