SARIKEI: Seramai 54 kanak-kanak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Imtiaz 2 sertai latihan Kelab Bomba Cilik (KBoC), semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, latihan dijalankan di PASTI Imtiaz 2 dan turut disertai oleh enam guru.
“Dua anggota bomba bertugas mengendalikan latihan KBoC ini. Latihan bermula 9.00 pagi dan pelbagai aktiviti dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Antara pengisian aktiviti adalah latihan ‘Berhenti, Rebah dan Guling’ dan latihan pengungsian bangunan.
“Selain itu, turut diadakan adalah ceramah kesedaran kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api
“Alhamdulillah, latihan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.