Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pokok tumbang akibat ribut, hujan lebat
  • KEMALANGAN

Pokok tumbang akibat ribut, hujan lebat

Utusan Sarawak 7 months ago

OPERASI....Anggota bomba memotong dahan pokok tumbang di Jalan Hua Ee, malam tadi. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Hujan lebat dan ribut kencang malam tadi mengakibatkan pokok tumbang di Jalan Hua Ee. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Sarikei, Mahmudin Narudin, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.24 malam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai komander operasi PBK I (KUP) Bakar Ujang bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok tumbang dan menghalang lalu lintas,” katanya. 

Beliau berkata, pasukan bomba memotong dahan pokok tumbang menggunakan mesin gergaji berantai. 

“Operasi memotong dahan pokok tumbang dan membersihkan kawasan tersebut dijalankan dalam tempoh lebih kurang tujuh minit. 

“Khidmat khas selesai sepenuhnya pada jam 9.35 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Bomba serah surat selesai siasatan kepada SMK Lawas
Next: Tiga cedera Kancil bertembung Hilux

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.