Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Ethiopia tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
  • NASIONAL

PM Ethiopia tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari

Utusan Sarawak 7 months ago
PERDANA Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali bersama Wanita Pertama Zinash Tayachew Bere tiba di Kompleks Bunga Raya hari ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari sehingga esok yang juga kunjungan sulung beliau ke negara ini. FotoBERNAMA

SEPANG: Perdana Menteri Ethiopia Dr. Abiy Ahmed Ali tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, yang merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini.

Pesawat yang membawa Abiy, bersama Wanita Pertama Zinash Tayachew Bere dan delegasinya, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.30 pagi.

Antara yang menyambut ketibaan beliau adalah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir, serta Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri Datuk Yubazlan Yusof.

Sejurus tiba, Abiy memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.

Lawatan Abiy ke Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Ethiopia.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, memaklumkan bahawa Abiy akan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis sambutan rasmi, diikuti dengan mesyuarat dua hala.

“Perbincangan antara kedua-dua pemimpin akan tertumpu kepada kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, pembangunan mampan, kesihatan, pelancongan dan pendidikan.

“Kedua-dua pemimpin juga dijangka membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. Satu sidang media bersama akan diadakan selepas mesyuarat dua hala tersebut,” menurut kenyataan itu.

Ethiopia merupakan rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2023.

Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia direkodkan pada RM446.8 juta, dengan eksport Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, mencatatkan peningkatan sebanyak 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Produk yang dieksport Malaysia ke Ethiopia termasuk elektrik dan elektronik, minyak sawit serta barangan pertanian berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk berasaskan bahan kimia, serta tekstil, pakaian, dan kasut.

Pada 2023, imbangan dagangan berpihak kepada Malaysia. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Penjual peranti rokok elektronik diingatkan untuk dapatkan perakuan SIRIM
Next: Nombor plat MADANI 6 terima bidaan tertinggi RM68,888

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.