Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut selepas dua jam bertarung nyawa kerana kemalangan
  • KEMALANGAN

Warga emas maut selepas dua jam bertarung nyawa kerana kemalangan

Utusan Sarawak 8 months ago

MAUT...Mangsa maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Miri-Bintulu, petang semalam.

MIRI: Warga emas berusia 69 tahun disahkan meninggal dunia di hospital selepas dua jam bertarung nyawa berikutan kemalangan  di Jalan Miri-Bintulu di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Miri sekitar jam 4.36 petang.

Katanya, hasil siasatan pihak polis mendapati kereta dipandu mangsa dari arah bandar raya Miri hilang kawalan, lalu terbabas ke sebelah kanan dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan, sekitar jam 2.05 petang semalam.

“Akibat kemalangan itu, kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk pada  bahagian hadapan.

“Kesan kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian kaki sebelah kanan, cedera pada bahagian perut.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Miri untuk menerima rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan ketika mendapatkan rawatan,”  katanya dalam satu kenyataan media.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Continue Reading

Previous: Tragedi Bot: Harapan pernikahan bertukar duka 
Next: Lelaki dilaporkan hilang dihanyut arus deras ditemui lemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.