Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir di Senegal jejas 55,600 orang
  • GLOBAL

Banjir di Senegal jejas 55,600 orang

Utusan Sarawak 7 months ago
PENDUDUK cuba menyelamatkan barang-barang mereka sambil meredah air banjir di daerah Limete di Kinshasa pada 19 Oktober 2024 selepas sungai Kalamu melimpah akibat hujan lebat. FotoAFP

DAKAR: Banjir di sepanjang Sungai Senegal menjejaskan 774 isi rumah dan hampir 55,600 orang, menurut kenyataan kerajaan Senegal pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Banjir menenggelamkan 1,002 hektar tanah ladang, dengan tanaman utama seperti cili (49.19 peratus), padi (21.59 peratus) dan jagung (10.56 peratus) rosak teruk.

Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye, yang melawat wilayah tenggara Kedougou sejak Jumaat, membuat pemantauan udara ke atas kawasan yang terjejas dan melawat Bakel di timur negara itu untuk menyatakan solidariti kepada komuniti yang terjejas.

Sebagai respons, Faye memperuntukkan 8 bilion franc CFA (kira-kira AS$13.3 juta) untuk usaha bantuan awal, kata presiden pada Jumaat.

Selain itu, kerajaan memulakan langkah jangka panjang untuk mencegah banjir pada masa hadapan, termasuk membina infrastruktur yang berdaya tahan seperti tebing, menaik taraf jalan raya, membaiki jambatan dan infrastruktur kritikal lain, tambahnya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 4 terbunuh nahas pesawat di Pulau Sulawesi, Indonesia
Next: 70 ancaman bom palsu diterima beberapa syarikat penerbangan India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.