Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pulapol Challenge 2024 tingkatkan gaya hidup sihat
  • TEMPATAN

Pulapol Challenge 2024 tingkatkan gaya hidup sihat

Utusan Sarawak 7 months ago
RAKAM KENANGAN… Dato Mancha Ata merakamkan gambar bersama semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Pulapol Challenge 2024.

PADAWAN: Penganjuran pertandingan Pulapol Challenge 2024 bertujuan meningkatkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis dan juga masyarakat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, penyertaan menggalakkan daripada 37 pasukan jelas menunjukkan semangat kesukanan dan persaingan sihat yang tinggi dalam kalangan peserta.

TAHNIAH… Dato Mancha Ata menyampaikan hadiah kepada peserta yang menang dalam pertandingan Pulapol Challenge 2024.

“Objektif Pulapol Challenge ini adalah untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan dengan masyarakat dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental peserta.

“Selain itu, bagi memupuk semangat kesukanan dan persaingan sihat serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pulapol Challenge di Tapak Rapelling Pasukan Gerakan Am (PGA), Pulapol Kuching, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut berkenaan pertandingan itu, beliau memberitahu pertandingan yang julung kalinya diadakan itu menyediakan 16 halangan yang menguji kemampuan fizikal dan mental para peserta.

“Ini semestinya memerlukan persediaan yang cukup bagi setiap peserta serta menunjukkan kerjasama dalam pasukan. Bersatu hati adalah kunci kejayaan.

SEMANGAT TINGGI… Antara aksi para peserta semasa Pulapol Challenge 2024 berlangsung.

“Penyertaan bagi Pulapol Challenge 2024 adalah satu kejayaan kepada semua pasukan kerana telah membuktikan semangat kerjasama berpasukan serta dapat mencipta pengalaman bagi setiap peserta.

”Saya berharap acara seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang dan menjadi inspirasi kepada semua orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat, kerjasama dalam pasukan, serta semangat kesukanan dalam apa jua cabaran dan situasi,” katanya lagi.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Belanjawan 2025 disifatkan sebagai bajet komprehensif
Next: 550 peserta peraga budaya masyarakat Cina menerusi Festival Kebudayaan Cheongsam ke-3

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.