SARIKEI: Seramai 35 orang warga Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sarikei menyertai program latihan kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, program bermula pada 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
“Program latihan kebakaran ini merupakan anjuran PPDK Sarikei.
“Saya bersama tiga anggota bomba hadir bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti sepanjang program dijalankan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Tambahnya, antara aktiviti yang dijalankan termasuklah ceramah kesedaran keselamaran kebakaran, rawatan awal dan latihan tatacara pengungsian bangunan.
“Aktiviti yang turut diadakan adalah pengenalan alat pemadam api dan latihan pengendalian kebakaran dapur memasak.
“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.