KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak terus menerima lebih banyak sumbangan daripada badan korporat dalam memerangi pandemik Covid-19.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili kerajaan negeri menerima sumbangan daripada Yayasan OBYU daripada wakil Yayasan OBYU, Dr Haironi Yusoff dan Rozana Yusuf, di sini semalam.
Yayasan OBYU menyampaikan sumbangan RM1 juta selepas mesyuarat harian JPBN mengenai situasi semasa Covid-19, semalam.
Dalam satu kenyataan, OBYU menjelaskan organisasi itu bukan bermotifkan keuntungan dan ditubuhkan untuk melaksanakan tanggungjawab korporat Kumpulan OBYU.
“Yayasan ini juga merupakan inisiatif para dermawan. Sejak 2018, Yayasan OBYU secara aktif menghulurkan sumbangan dalam bidang pendidikan, sukan, aktiviti keagamaan dan membantu komuniti yang kurang bernasib baik,” jelasnya lagi.
Antara inisiatif utama Yayasan OBYU adalah pembinaan dewan peperiksaan baharu di UNIMAS yang berjumlah RM5 juta, pembinaan blok sekolah baharu SK Abang Ali di Sibu, dan menjadi penaung tetap untuk PERYATIM.
Hadir sama, Menteri Utiliti Dato Sr Dr Stephen Rundi Utom, Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol dan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.
Kemudian kumpulan Asaljuru Weida Sdn Bhd menyampaikan sumbangan sebanyak RM106,725 kepada JPBN untuk pembelian peralatan perubatan bagi Hospital Umum Sarawak.
Dua hari lalu, Press Metal Bintulu Sdn Bhd menyumbang RM200,000.00 kepada jawatankuasa itu.