MEXICO CITY: Claudia Sheinbaum mengangkat sumpah sebagai Presiden wanita pertama Mexico hari ini, memulakan tempoh enam tahun menggantikan mentornya, Andrés Manuel López Obrador, seorang populis berhaluan kiri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Populariti López Obrador membantu ahli fizik berusia 62 tahun yang juga bekas Datuk Bandar Mexico City itu meraih kemenangan besar dalam pilihan raya pada Jun lalu.
Sheinbaum merancang meneruskan dasar-dasar pendahulunya, termasuk meneruskan program sosial López Obrador dan memperluas rangkaian kereta api.
Kartel dadah dan ketegangan dengan Amerika Syarikat adalah antara cabaran terbesar yang dihadapi negara dengan populasi 130 juta penduduk ini.
Gaya politik López Obrador menyebabkan perpecahan selama beberapa dekad, dan ramai ahli Kabinet Sheinbaum yang akan datang pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan beliau.
Parti Morena, yang diasaskan oleh López Obrador menguasai kedua-dua dewan Kongres Mexico.- BERNAMA-dpa