BINTULU: Persimpangan lampu isyarat di Jalan Johari Sunam di sini akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya selepas selesai kerja membaik pulih dan pengasphaltan jalan yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), esok.
Menurut satu notis pemberitahuan daripada BDA, projek itu bertujuan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan memperbaiki aliran trafik di persimpangan lampu isyarat tersebut.
Pihak BDA mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kesabaran dan kerjasama mereka sepanjang tempoh pembinaan serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Infrastruktur BDA di Perbinda melalui talian 086-332662 atau Hotline SMS di 013-8362277.