TOUWSRIVIER: Seorang wanita Afrika Selatan kelmarin menyambut Ulang Tahun ke-118, sebagai warga emas tertua di dunia.
Margaret Maritz dilahirkan pada 27 September 1906, menurut salinan kad pengenalannya yang ditunjukkan kepada wartawan oleh sebuah badan amal yang membantu menganjurkan parti tersebut di Touws River, 180 kilometer (km) ke timur laut Cape Town.
Maritz dikatakan lebih tua daripada warganegara Jepun, Tomiko Itooka yang dilahirkan pada 23 Mei 1908 dan disenaraikan oleh Kumpulan Penyelidikan Gerontologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sebagai orang yang masih hidup tertua di dunia.
“Dia berpesan, anda mesti menghormati ibu bapa. Dia tidak minum dan merokok,” kata seorang jururawat di rumah jagaan, Gregory Elroy Adams.
“Kita mesti bersyukur,” ujar salah seorang anak perempuannya, Liza Daniels, 67. “Saya tidak tahu jika saya akan mencapai umur itu suatu hari nanti.
Tetapi bagi saya, ini adalah satu keistimewaan yang sangat besar untuk mempunyai seorang ibu yang berjaya mencapai tahap umur ini.” -AFP