SEVILLA menewaskan pesaing tempatan, Real Betis 2-0 ketika La Liga Sepanyol disambung semula setelah tiga bulan semalam, menjadi liga utama kedua Eropah untuk kembali setelah wabak Covid-19.
Selepas Bundesliga di Jerman disambung semula pada 17 Mei, La Liga kembali membuka pintu kepada pemain tetapi bukan penyokong di Ramon Sanchez Pizjuan, yang mana Seville nampak bersemangat ketika perlawanan dilangsungkan dalam stadium kosong.
Permainan ini adalah yang pertama dalam liga teratas Sepanyol sejak 10 Mac tetapi 93 hari kemudian satu lagi perlawanan profesioanl lain telah diselesaikan tanpa insiden, yang memberikan semangat lebih lanjut kepada Liga Perdana Inggeris dan Serie A di Itali.
Kedua-duanya di jangka kembali minggu depan.
Lucas Ocampos meletakkan Sevilla di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-56 dan Fernando Reges kemudian menambah gol kedua untuk pasukan tuan rumah, yang berada di tangga ketiga dalam liga.
Ini adalah pusingan pertama dalam tempoh 39 hari ke garisan penamat dalam La Liga, yang akan menyaksikan pasukan bermain setiap tiga hari selama lima setengah minggu dan menjalani ujian tegas kecergasan mereka.
Kedua-dua jurulatih menggunakan peruntukan baru mereka untuk lima pemain gantian dan ada rehat minuman dalam setiap babak tetapi perlawanan ini kehilangan rentak di peringkat akhir, sebahagiannya kerana Betis tidak pernah kelihatan seperti mampu bangkit.
Kemenangan mengukuhkan kedudukan Sevilla di tempat ketiga ketika mereka melonjak empat mata di atas Getafe dan Real Sociedad di bawah mereka. Betis berada di tangga ke-12 dan menghadapi kemungkinan diseret ke dalam saingan penyingkiran. – AFP