SARIKEI: Seramai 136 warga Tadika Methodist Nyelong Park menyertai latihan kebakaran, ceramah kesedaran keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, daripada jumlah tersebut, 123 orang adalah kanak-kanak tadika dan 13 orang adalah guru.
“Bagi memastikan ia berjalan lancar, seramai sembilan anggota bomba mengendalikan program ini bertempat di tadika tersebut.
“Program bermula pada 8.30 pagi semalam,” katanya.
Mahmudin berkata demikian ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya, pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan menghapus kebakaran (MBK).
“Program ini dimulakan dengan ceramah pengunsian bangunan dan juga penggunaan alat pemadam api.
“Alhamdulillah, sepanjang program dijalankan, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Oleh Earl Anek