KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir diikuti hujan lebat dan angin kencang hampir di semua negeri hingga 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di utara Semenanjung Malaysia termasuk Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Di Pantai Timur pula, kawasan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang di Kelantan; Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Rompin di Pahang.
Turut terbabit pedalaman Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) manakala Sarawak di daerah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang. – Bernama.