KUCHING: Tuan rumah Sarawak akan memastikan setiap isu yang timbul ketika penganjuran temasya Sukan Para SUKMA XXI 2024 ditangani dengan baik agar temasya ini dapat berjalan d
lancar mengikut apa yang telah dirancang.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Para SUKMA, Datu Hii Chang Kee berkata setiap isu yang timbul sepanjang penganjuran kejohanan itu akan diselesaikan bagi memastikan kelancaran temasya berlangsung dari 22 hingga 28 September ini.
“Ia melibatkan isu-isu penginapan, pengangkutan, makanan serta jadual pertandingan akan diberi keutamaan dan ditangani dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan sesi pertama Mesyuarat Ketua Kontinjen (CDM) Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Sheraton, di sini hari ini.
Mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai perjalanan majlis makan malam, perasmian dan penutupan Para SUKMA nanti.
Selain itu, 25 Jawatankuasa terlibat turut memperincikan perkara-perkara di bawah tanggungjawab masing-masing kepada para CDM.
Oleh NUR AIN OTSMAN