Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Insentif berjumlah RM30,500 untuk pelajar cemerlang 
  • WILAYAH

Insentif berjumlah RM30,500 untuk pelajar cemerlang 

Utusan Sarawak 8 months ago

TAHNIAH....ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang STPM 2023. 

BINTANGOR: Insentif keseluruhan berjumlah RM30,500 telah diserahkan kepada 88 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 dan 135 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong yang berjaya mendapat tawaran Unit Pusat Universiti (UPU).

Hadir bagi menyerahkan insentif ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing. 

Katanya, pemberian insentif tersebut adalah antara inisiatifmya dalam usaha memacu semangat serta motivasi pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam STPM.

“Saya percaya, sokongan dan pengiktirafan yang diberikan ini akan menaikkan lagi semangat semua pelajar termasuk guru serta ibu bapa dan seterusnya memberi motivasi untuk terus berusaha bagi mencatat kejayaan pada masa akan datang.

“Malah, kali ini merupakan tahun yang ke lapan insentif seperti ini disampaikan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program My Journey To University Tingkatan Enam SMK Meradong, bertempat di Dewan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Meradong semalam. 

Koung Hiing berharap dalam waktu terdekat akan ada lagi pelajar mendapat tawaran melalui proses rayuan atau mana-mana saluran.

“Kecemerlangan para pelajar tidak lahir daripada usaha individu sahaja tanpa bantuan guru. 

“Tahniah dan syabas kepada warga pendidik Tingkatan 6 yang sentiasa gigih dalam memastikan pelajar ini bersedia untuk menduduki peperiksaan serta menerapkan mereka dengan nilai-nilai murni yang bakal membentuk kualiti sahsiah mereka.

“Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa pelajar. Mereka merupakan tulang belakang kejayaan anak-anak mereka pada hari ini,” katanya. 

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Sharifah Idawati Wan Ahmad; Pengerusi PIBG SMK Meradong, Cherida Igu dan wakil Pengetua SMK Meradong, Habsah Mohamad. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran terus menerima bantuan orang ramai
Next: Laksanakan pembaikan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.