BEIJING: Festival Tanglung “Jingcai” Beijing 2024 bakal berlangsung Ahad ini hingga 31 Oktober ini di Beijing Garden Expo Park atau dikenali sebagai Taman Yuanboyuan.
Festival yang bermula dari 4.00 petang hingga 11.00 malam itu bakal mempamerkan sembilan tema utama termasuk Carol Festival, Jingcai Avenue, Splendid Motherland, Jing-Trendy Colors, Colorful Childhoods, Beijing Opera, Shining China, Pheonix Auspiciousness dan Jingcai Life Hub.
Dalam pada itu, lebih 200 set tanglung dan lebih 100,000 unit lampung berhias akan digunakan.
Selain pameran tanglung, festival kali ini juga menghimpunkan lebih 150 jenama terkemuka tempatan untuk menawarkan pendedahan lebih baik kepada para pengunjung.
Sempena program itu, turut diadakan hidangan makanan istimewa tempatan Beijing, pertunjukan warisan budaya dan lain-lain. – Bernama – CMG